SESI MENTOR-MENTEE BERSAMA PROGRAM SBT, FBKT

12 Mac 2020 – UMK Jeli – Sesi mentor mentee bersama pelajar tahun 1 program Ijazah Sarjanamuda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) SBT telah diadakan pada 12 Mac 2020 (Khamis) bertempat di Bilik Kuliah 4, UMK Kampus Jeli. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar tahun 1 SBT bersama penasihat akademik (mentor) masing-masing. Di antara perkara yang ditekankan dalam sesi ini ialah motivasi belajar dan penetapan halatuju akademik pelajar. Nasihat yang berguna disampaikan oleh penasihat akademik kepada mentee masing-masing dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar di UMK. Program ini berlangsung dari pukul 2 pm sehingga ke 5pm melibatkan pelajar seramai 69 orang pelajar SBT tahun 1 dan 9 orang pensyarah.

Artikel dan Foto: Dr. Azfi Zaidi Bin Mohammad Sofi @ Aziz